Pesta pc fair (Pikom) baru saja habis di MITC Melaka,11/4/2010 lalu.Oleh kerana tahun ini diadakan berdekatan dengan tempat tinggal penulis, maka selama 3 hari berturut-turut penulis telah mengunjunginya.Apa yang penulis perhatikan, ianya sama saje seperti tahun lepas, cuma harga barangan pc semakin murah,promosi laptop kecil (netbook) semakin rancak dan penggunaan os terbaru pada setiap pc iaitu Window 7.
Berkata tentang os terbaru ini, iaitu window 7,penulis agak teruja dengan paparan grafik dan icon-icon yang kelihatan hidup serta lebih interaktif.Paparan pada skrin pc kelihatan lebih profesional,dinamik dan lebih mesra pengguna.Bagi yang belum berhijrah ke window 7 ini, boleh berhijrah untuk mencuba prestasi dan kemampuannya.Penulis juga secara tak langsung telah membeli sebuah pc dengan os terbaru ini sebagai backup pada pc lama yang menggunakan os Window Xp Profesional (6 thn lepas).
Baiklah sekadar berkongsi pengetahuan dengan pembaca blog ini, window 7 ini juga terbahagi kepada 7 tahap atau 7 window edisi:-
Window 7 Stater
Sesuai dengan komputer kecil atau netbook serta boleh berhubung dengan dunia internet untuk kerja-kerja ringan saja.
Window 7 Home Basic
Sudah cukup lengkap jika dibandingkan dengan window 7 stater.Sangat dianjurkan bagi pengguna rumah.
Window Home Premium
Sistem yang lebih relatif bagi pengguna dirumah berbanding dengan window 7 Home Basic.Terdapatnya kemudahan TV tuner, dvd dan sebagainya.
Window 7 Profesional
Bersesuaian dengan namanya,lengkap dengan kemudah hiburan dan peralatan perniagaan.Jauh lebih lengkap berbanding dengan window 7 Stater,Home Basic atau Home Premium.
Window 7 Enterprise
Sistem yang layak buat perniagaan atau koporat serta merangkumi keperluan pejabat.
Window 7 Ultimate
Sistem operasi window yang paling lengkap.Dengan pelbagai kemudahan seperti rangkaian,backup,hiburan,perniagaan dan sebagainya membuatkannya lebih baik dan canggih.
Window 7 'E'
Penulis tidak berapa pasti dengan yang ini.Mungkin 'E' bermaksud hanya untuk pasaran Eropah saja atau 'E' singkatan untuk European.Untuk maklumat lanjut layarilah laman web Microsoft.
Note: Jika anda telah mempelajari tutorial diblog ini dan berjaya diapplikasikan diblog anda, harap dapat beri kredit pada blog ini dengan hanya memberi sepatah komen atau klik salah satu directory dibawah ini.
1 comments:
great review, thanks
Catat Ulasan
Komenlah sesuka hati anda kerana tuan empunya blog ini buta hati dan buta perasaan tetapi tidak buta mata.