Panduan web hosting

.

Tips kali ini adalah mengenai web hosting atau server iaitu tempat dimana laman web anda di simpan. Di internet terdapat banyak syarikat penyedia hosting dan setiap satu mengatakan mereka adalah yang terbaik. Jadi.. adakah mereka benar-benar terbaik. Di dalam tips kali ini saya akan membincangkan antara kriteria penting sebelum anda membeli hosting.

- Mudah mendapat Bantuan Teknikal
Kebanyakkan pengendali hosting menyediakan bantuan samada melalui e-mail atau live chat. Tetapi adakah mereka benar-benar membantu. Periksa apakah bantuan-bantuan yang di berikan. Cuba hubungi mereka melalui ruangan support ini dan lihat berapa cepat mereka membalas pertanyaan anda.

- Kapasiti storan data.
Secara purata sebuah laman web adalah bersaiz 10K ke 50K. Gambar dan grafik lain selalunya dalam lingkungan 5K ke 50K. Ini bermakna jika laman web anda mempunyai sebanyak 10 hingga 15 muka dengan setiap satunya mempunyai 2 - 5 gambar, maka anda memerlukan 400K ke 3MB saiz ruang server. Walaupun anda mempunyai jumlah muka surat yang banyak dengan berbagai grafik, ruangan sebanyak 100MB sudah memadai. Kebanyakkan pengendali hosting memberikan ruang yang besar seperti 1 GB walaupun mereka ketahui pengguna tidak akan menggunakan sepenuhnya ruang yang disediakan. Ini biasanya dilakukan untuk menarik pelanggan membuat pembelian.

- Bandwith atau Data Transfer
Apabila pelawat melayari laman web anda, mereka akan menyebabkan sejumlah data di pindahkan dari server ke komputer anda. Jika anda mampunyai ramai pelawat yang melayari laman web anda, maka ini akan menyebabkan data yang berterusan disalurkan keluar dan akan membebankan operasi server terbabit. Atas sebab ini maka pengendali web hosting menghadkan jumlah data transfer ini. Untuk contoh di atas iaitu laman web anda bersaiz 1MB dan kita andaikan terdapat 100 pengguna melayari keseluruhan laman web anda sekali dalam sehari maka anda memerlukan data transfer sebanyak 100MB sehari atau 3GB sebulan.

Sampai di sini untuk tips saya kali ini. Kita jumpa lagi dengan tips-tips menarik mengenai perniagaan internet.

Mungkin artikel dibawah yang sedang anda cari



0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Komenlah sesuka hati anda kerana tuan empunya blog ini buta hati dan buta perasaan tetapi tidak buta mata.

 

Pelawat

free counters
BlogInfoTips

Pengikut

Recent Comments

Powered by Deenoh

© Copyright 2007-2009. Blog tutorial . All rightsreserved | Bloginfotips.com is proudly powered by Blogger.com | Template redesign by Deenoh